Ahli Jawatankuasa Baru PIBG 2017/2018

Like

 

Mesyuarat Agung PIBG
Sabtu, Feb 11, 2017

 

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Terbuka SK Kampung Tunku dengan mencatatkan jumlah kehadiran ibu bapa yang baik.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan Guru Besar baru, Encik Khairul Anuar Abd Azid dan diikuti dengan ucapan YDP PIBG, En Wan Huzaini Wan Hussin dan seterusnya ucapan perasmian oleh En Mohd Zainudin bin Mohd Zain, Ketua Unit Pengurusan Sekolah dari Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama.  Majlis telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa PIBG wakil ibu bapa dan guru sebagai tanda terima kasih atas usaha, kerjasama dan penglibatan yang baik sepanjang 2016..

Buat julung-julung kalinya, pihak PIBG telah memperkenalkan satu piala pusingan untuk mengiktiraf pasukan atau kelab yang aktif dan telah mencatat kecemerlangan sepanjang tahun 2016.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Memanah SKKT yang telah diumumkan sebagai pemenang Piala Perdana SK Kampung Tunku untuk pencapaian yang amat baik yang ditunjukkan sepanjang tahun lepas, Diharap ini akan membuka peluang dan meningkatkan motivasi guru-guru dan murid-murid untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti kokurukulum dan sukan tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Piala telah disampaikan kepada Puan Nurul Amalia Mohd Saad selaku Ketua Pasukan Memanah SKKT.

Majlis kemudian diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39.  Puan Salina Sapuan kemudiannya menyampaikan laporan semua biro untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2016.  Setelah selesai pembentangan laporan, mesyuarat diteruskan dengan penyampaian penyata kewangan oleh Bendahari, En Ahmad Shihan.

Pihak sekolah ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik untuk sesi 2017/18.  Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa PIBG wakil ibu bapa dan guru-guru untuk sesi 2016/17 yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan amat baik sehingga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah PIBG Terbaik oleh PPD Petaling Utama tahun lepas. Senarai nama AJK PIBG bagi sesi 2017/18 adalah seperti berikut :

Yang DiPertua                   : En Wan Huzaini Wan Hussin
Naib Yang DiPertua         : En Khairul Ridzwan
Bendahari                          : En Ahmad Shihan
Juru Audit                          : En Budiman Lutfi Mohamed
AJK Ibu Bapa                     : Pn Salina Sapuan
Pn. Mazliza Mat
Pn. Lenny Marlina
En. Mohan Kumar
En. Ariffin Mahaiyuddin
En. Mohd Firdaus Kamarudin
AJK Wakil Guru               : Pn Noor Hafiza Abdul Halim (Setiausaha)
Pn Siti Rabiha Md Yaakob (Naib Setiausaha)
Pn Wan Khairul Zuraini Wan Salleh (Naib Bendahari)
En Muhammad Nur ‘Afifi bin Ahmad Nazari
Cik Nur Ahya Farhana Abu Bakar
Pn Nor Shakirah binti Hamidi
En Shamsuri bin Hamim
Pn Khamariyah binti Salleh
Cik Shantini a/p Kenasan
Like

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *