PASUKAN MEMANAH SK KAMPUNG TUNKU MEMBOLOT 15 PINGAT DI KEJOHANAN MEMANAH MSSD PETALING UTAMA

Like
2

28 April 2017 – Pasukan Memanah SK Kampung Tunku mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Memanah MSSD Daerah Petaling Utama yang telah berlangsung pada 26 – 28 April 2017 di padang SKKT apabila meraih 15 daripada 24 pingat yang dipertandingkan untuk kategori bawah 12 tahun.

Lebih membanggakan,  pasukan lelaki menyapu bersih kesemua empat pingat untuk individu dan 4 pingat lagi untuk pusingan Olympik termasuk mengungguli 2 pingat untuk acara berpasukan.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan SK Kampung Tunku juga telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kategori Sekolah Rendah mengalahkan 11 sekolah rendah lain dari daerah Petaling Utama.

Jurulatih selaku ketua pasukan, Cikgu Nurul Amalia berkata kejayaan membolot kesemua 15 pingat dari 24 pingat yang dipertandingkan amat membanggakan memandangkan pasukan memanah dianggotai oleh ramai pemanah baru tahun ini.

“Saya yakin, faktor konsentrasi pemain yang berada di tahap terbaik, semangat untuk menunjukkan menang dan bermain dengan cemerlang adalah faktor utama SK Kampung Tunku muncul juara keseluruhan bagi kejohanan memanah peringkat MSSD tahun ini.  Malah dari segi pungutan pingat, SKKT telah berjaya meraih lebih banyak pingat tahun ini berbanding tahun lepas,” ujar beliau.

 

 

Menurut Cikgu Amalia, rahsia kejayaan SKKT berjaya mengekalkan kejuaraan di peringkat MSSD adalah berkat usaha gigih atlet memanah yang tidak jemu berlatih dan juga sokongan padu dari ibu bapa atlet-atlet memanah kita

Skor yang ditunjukkan oleh atlet-atlet kita juga amat memberangsangkan dimana seramai 14 dari 20 orang atlet kita melayakkan diri ke pusingan Olympik yang menyaksikan hanya 16 peserta terbaik setiap kategori lelaki dan perempuan bertanding untuk pusingan Olympik. Jumlah penyertaan keseluruhan kejohanan untuk kategori bawah 12 tahun adalah seramai 42 lelaki dan 39 perempuan.

Menurut Cikgu Amalia beliau mengharapkan hasil daripada kejayaan yang membanggakan ini, lebih ramai lagi murid-murid sekolah ini yang akan berminat untuk menyertai pasukan memanah SKKT.  Kita ingin mengambil lebih ramai murid terutamanya murid tahun 4 dan 5 untuk menyertai pasukan memanah sekolah.  Oleh itu, mana-mana ibu bapa yang berminat untuk anak-anak mereka menyertai pasukan memanah bolehlah menghubungi Cikgu Amalia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Senarai Nama Pemenang Acara Individu Pusingan Olimpik Berpasukan
Muhammad Afiq Zahein Asarulnizam Johan Ketiga Johan
Muhammad Danish Ikram Juzaire Naib Johan Keempat Johan
Muhammad Ariff Adlee Iskandar Dzulkarnain Ketiga Naib Johan Johan
Syahir Arif Razak Keempat Johan Johan
Faiq Asyraf Ahmad Shihan Keempat
Muhamad Aqil Zarif Nadzaruddin Keempat
Mohamed Hafiz Hakim Keempat
Muhammad Arif Azhar Keempat
Nurul Farzana Mohamad Fazil Naib Johan Naib Johan Johan
Raihana Syahira Rohaizad Ketiga Johan
Rafhana Syaqira Rohaizad Johan
Sarah Raina Queennissa Muhammed Suhufi Johan
Syahmina Aisyah Razak Naib Johan
Noor Athirah Fauzi Abbas Naib Johan
Nur Azreen Zumaiah Asarulnizam Naib Johan
Nurzulaikha Hafizah Saari Naib Johan

 

 

Like
2

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *