Pengumuman: Guru Besar Baharu SKKT 2017

Like

 

Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kedatangan Encik Khairul Anuar bin Abdul Azid, Guru Besar SK Kampung Tunku yang baru dilantik untuk menerajui pentadbiran sekolah bermula 6 Feb 2017.

 

En Khairul Anuar telah menggantikan En Mohd Zainuddin bin Mohd Zain yang telah dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama sebagai Ketua Unit Pengurusan Sekolah mulai Disember 2016 yang lalu. Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Zainuddin atau lebih mesra dikenali sebagai En Z di kalangan guru-guru dan AJK PIBG yang telah bersama warga SKKT selama 2 tahun menabur khidmat tanpa mengenal jemu dalam memastikan pembangunan dan kejayaan SK Kampung Tunku.  Seluruh warga SKKT mengucapkan selamat maju jaya kepada En Z dalam kerjaya beliau.

Dalam masa yang sama, pihak sekolah berasa bertuah dengan pelantikan En Khairul Anuar sebagai guru besar yang baru di SKKT. Kejayaan dan rekod perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan oleh En Khairul semasa bertugas di sekolah terdahulu di samping pengalaman luas dalam bidang pendidikan pasti akan meneruskan kesinambungan dalam program pendidikan sekolah dan membantu melonjakkan lagi SKKT ke tahap yang lebih baik.  Semoga SKKT terus maju di bawah kepimpinan En Khairul dan juga sokongan seluruh warga SKKT.

 

 

Gambar En Khairul Anuar (berbaju batik hijau) bersama barisan AJK PIBG sesi 2017/18 yang baru dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG ke 40 pada 11 Feb 2017.

Like

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *