PERTANDINGAN ‘STOP MOTION VIDEO’ SK KAMPUNG TUNKU SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2017

Like
1

 

Tahniah kepada Unit Panitia Teknologi Maklumat & Komunikasi khasnya Encik Zaidi bin Hashim & Puan Nur Farah Liayana binti Razali (Guru SKKT), SK Kampung Tunku atas kejayaan penganjuran pertandingan video animasi pendek ‘stop motion’ bersempena Hari Kemerdekaan ke-60 baru ini. Kredit kepada Encik Hazlan, guru SKKT atas muat naik video ke laman Youtube.

Hadiah tajaan PIBG SK Kampung Tunku yang menjadi rebutan kali ini berupa :

Tempat Pertama : Dron Kawalan Jauh
Tempat Kedua : Helikopter Kawalan Jauh
Tempat Ketiga : Kereta Mainan Kawalan Jauh
Tempat Ke empat : Power bank
SAGUHATI (6 penerima) : USB pendrive
————————————————————————-
PERTANDINGAN STOP MOTION MERDEKA 2017
SK KAMPUNG TUNKU / PIBG / KSIB
————————————————————————-
JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KE-4

KE-5

KE-6

====================================

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PERTANDINGAN.

Pertandingan yang sepatutnya berakhir pada 25 September ini telah dilanjutkan kepada 2 Oktober berikutan sambutan yang menggalakkan daripada murid murid.

Tahniah juga diucapkan kepada semua murid & ahli keluarga mereka yang membantu dalam menghasilkan video pertandingan. Mereka berjaya menghasilkan video animasi yang berkualiti dan diharapkan bakat dan kemahiran ini akan terus digarap dan mendapat sokongan ibubapa. Kreativiti yang terbit daripada pertandingan ini boleh dijadikan aktiviti sihat bersama keluarga sebagai hobi masa lapang dan juga untuk menghasilkan karya yang boleh membantu menyalurkan maklumat berguna kepada masyarakat.

Komen guru, “video yang dihasilkan memenuhi silibus KSSR Animasi” 🖒🖒🖒

 

STOP MOTION
Animasi Stop motion adalah suatu teknik animasi untuk membuat objek yang dimanipulasi secara fizik agar terlihat bergerak sendiri. Setiap pergerakan dari objek tersebut difoto (frame individual), sehingga menciptakan ilusi gerakan ketika serangkaian frame dimainkan berurutan secara berkesinambungan. Tokoh/objek dari tanah liat sering digunakan dalam stop motion untuk kemudahan mereka mereposisi. Gerakan animasi menggunakan tanah liat disebut clay animation or clay-mation. Pada umumnya animasi awalnya bukan video, melainkan kumpulan gambar yang berurutan sehingga akhirnya menjadi sebuah video. Oleh yang demikian stop motion adalah terdiri dari kumpulan gambar yang berurutan. Namun kumpulan gambar yang didapatkan dalam stop motion tidak lah sehalus pengerjaan animasi dengan komputer. Kerana pengambilan sebuah gambarnya memerlukan pergerakan objek secara manual dan objeknya bukanlah benda hidup.

Like
1

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *