Sesi Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Tahap 1 2017

Like

 

Satu sesi permuafakatan bersama ibu bapa kepada murid-murid tahap 1 telah diadakan pada 11 Feb 2017 bertempat di bangunan Pusat Sumber Sekolah.  Program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG ini melibatkan ibu bapa untuk murid-murid tahun 1, 2 dan 3.  Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa.  Kehadiran ramai ibu bapa ke program ini menunjukkan yang mereka amat prihatin dan sifat ingin tahu mengenai pelbagai program yang disediakan oleh pihak sekolah.

 

Program ini juga dimuatkan dengan sesi perkongsian tip oleh 4 orang ibu bapa kepada murid SKKT dalam usaha mereka dalam mendidik anak-anak mereka, cabaran yang dihadapi dan cara mereka mengatasi cabaran-cabaran tersebut untuk kepentingan pembangunan akademik dan sahsiah anak mereka.  Ibu bapa yang telah menyampaikan “Sharing of Best Practices” pada sesi ini adalah :

  1. Pn Shatrah Othman
  2. Pn Mazliza Mat
  3. Pn Ezni Suryani Idrus
  4. Pn Elaine Ong Hooi Hoon

Rakaman video untuk sesi penyampaian mereka boleh ditonton melalui pautan di bawah :

Pn Elaine Ong – Sharing Best Practice

https://youtu.be/rk77Vil2jBU

 

Pn Ezni Suryani Idrus – Sharing Best Practice

https://youtu.be/CFeCxiUA6wA

 

Pn Mazliza Mat – Sharing Best Practice

https://www.youtube.com/watch?v=M0gf4c61qGA

 

Pn Shatrah Othman – Sharing Best Practice

https://www.youtube.com/watch?v=CaVWRPzDnY0&feature=youtu.be

Like
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *