Sesi Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Tahun 6 2017

Like

 

 

 

Sesi Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Tahun 6

4 Feb 2017

 

 

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan sesi permuafakatan diantara guru-guru dan ibu bapa tahun 6 pada 4/2/2017. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk berkongsi dengan ibu bapa format peperiksaan UPSR bagi 2017 dan juga pelan pendidikan yang telah disediakan oleh pihak sekolah untuk murid tahun 6.  Majlis yang telah diadakan bermula jam 8.00 pagi dihadiri oleh ramai ibu bapa Tahun 6.  Setelah sesi pembentangan format peperiksaan oleh setiap Ketua Panitia disampaikan, majlis telah diteruskan dengan sesi perkongsian tip oleh 4 orang ibu bapa murid / bekas murid SKKT dalam usaha mereka mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya.  Ibu bapa yang telah menyampaikan “Sharing of Best Practices” pada sesi ini adalah :

  1. En Ariffin Mahaiyaddin – bapa kepada Fathul Islam Ariffin; murid Tahun 6/2016 yang berjaya mendapat 6A dalam UPSR tahun 2016
  2. Pn Chew May – ibu kepada Arasan Mark, murid tahun 6/2016 yang juga mendapat 6A dalam UPSR tahun 2016
  3. En Rosman bin Abd Rashid – bapa kepada Alia Syahirah Rosman, Ketua Pengawas tahun 2016 yang mendapat 6A dalam UPSR tahun 2016
  4. Pn Jazilah Hj Jamaluddin – ibu kepada Wan Haziq bin Wan Huzaini, Ketua Pengawas dan murid tahun 6/2015 yang mendapat 5A dalam UPSR tahun 2015

Rakaman video untuk sesi penyampaian mereka boleh ditonton melalui pautan di bawah :

Pn Chew May – Sharing Best Practice

http://youtu.be/Q5WxmzmhHqg

https://youtu.be/VcgYGRnneRo

 

En Rosman – Sharing Best Practice

https://youtu.be/facg-8EAxFs

 

Pn Jazilah – Sharing Best Practice

https://youtu.be/SdIlzAhm1gc

https://youtu.be/MEyjFA9bqAE

https://youtu.be/_cP1tg4F93s

Like

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *