SK Kampung Tunku menjadi tuanrumah untuk Pertandingan Kalam Jamaie

Like

 

13 Mei 2017 – Tahniah dan syabas kepada SK Kampung Tunku yang telah berjaya menjadi tuanrumah untuk Pertandingan Kalam Jamaie bagi sekolah-sekolah rendah daerah Petaling Utama anjuran PPD PU pada 13 Mei yang lalu. Encik Mohd Zainuddin Mohd Zain dari PPD telah hadir sebagai perasmi dalam majlis penutup pertandingan tersebut.

Tema bagi pertandingan tahun ini adalah “Al Quran asas pembinaan ilmu dan pembentukan akhlak”. Tahniah kepada pasukan dari SK Kampung Tunku yang dianggotai oleh murid-murid tahun 4, 5 dan 6 kerana telah berjaya tersenarai sebagai 10 sekolah terbaik daripada 26 buah sekolah yang bertanding. Syabas kepada seluruh ahli pasukan SKKT di bawah kelolaan Ustaz Tirmizi dan Ustazah Fatimah yang telah berlatih dengan gigih dan menunjukkan usaha yang baik dan komitmen yang tinggi untuk pertandingan tahun ini.

Sekolah-sekolah yang berjaya tahun ini adalah SK Taman Medan (Johan), SK Damansara Damai 2 (Naib Johan) dan SK Lembah Subang (Ketiga). Syabas dan tahniah kepada pemenang.

 

 

 

Like

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *